Isnin, 12 Mei 2014

ANALISIS KARYA AGUNG

HIKAYAT HANG TUAH

 Analisis Hikayat Hang Tuah 
Hikayat Hang Tuah hidup sebagai sebuah hasil sastera Melayu lama dan mempunyai keindahannya. Pengarang Hikayat Hang Tuah telah mengambil watak Hang Tuah dari manusia sejarah Hang Tuah dan ketika membina watak ini, ia disenyawakan dengan aspirasi dan perasaan, sifat dan keadaan-keadaan dalam masyarakat Melayu zamannya. Hikayat Hang Tuah menggambarkan zamannya dan watak-watak dalam Hikayat Hang Tuah adalah model-model manusia zamannya.

            Tema kesetiaan, kesanggupan dan kejayaan umat Melayu disenyawakan dengan semesra-mesranya dalam watak Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah adalah sebuah roman sejarah bercorak kebangsaan yang mempunyai seni dalam erti ia menyuarakan perasaan dan kesanggupan bangsa Melayu zamannya. Penyuaraan kesetiaan, kesanggupan dan kedayaan bangsa Melayu adalah dalam bentuk sindiran atau kiasan. Sindiran dan kiasan di sini adalah untuk membaiki, memberi moral dan alasan kepada sesuatu kejadian.

            Hikayat Hang Tuah dikarang berdasarkan watak Hang Tuah yang pernah menjadi hulubalang Melaka. Hal ini adalah untuk membina kembali moral dan menyemaikan semangat ialah dengan menghidupkan seluas-luasnya alam pengembaraan. Kegigihan Hang Tuah merupakan satu seni yang indah. Kejayaan pengarang Hikayat Hang Tuah ialah dalam menggambar Hang Tuah sebagai Adiwira Melayu. Sifat kewiraan ini digunakan pada masa bangsa Melayu lemah moralnya dan bagi memulihkan kembali moral tersebut ialah dengan menanam kepercayaan dan pegangan bahawa pada suatu masa dahulu bangsa Melayu gagah, setia dan punya kesanggupan. Cara ini merupakan satu seni sastera yang dapat kita samakan dengan konsep ‘sastera untuk masyarakat’. Pada satu situasi, kita dapati Hang Tuah dengan sejarah kepahlawanannya, pada situasi yang satu lagi, kita dapati keadaan moral bangsa Melayu lumpuh. Pengarang menggunakan watak Hang Tuah untuk menebus keadaan ini.

            Jika kita menilai Hikayat Hang Tuah dari kaca mata kita sekarang dan menggunakan konsep sekarang untuk perkara yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, kita mungkin berakhir dengan kegagalan. Konsep keadilan, konsep kesetiaan, soal nyata dan khayal berlainan sekali antara dahulu dengan sekarang. Jikalau kita hendak memahami dan menilai Hikayat Hang Tuah dengan sewajarnya, mestilah kita fahami konsep berikut, dengan latar belakang zamannya:

i.                    Konsep kesetiaan dan pandangan rakyat terhadap raja yang memerintah

ii.                  Konsep khayalan yang berasaskan masyarakat zaman Hang Tuah dan bukan konsep khayalan dalam abad dua puluh.

Setiap hikayat lama menggambarkan kebahagiaan untuk heronya pada penghujung cerita. Keistimewaan hikayat Hang Tuah ialah Hang Tuah, Raja Melaka dan Bendahara Paduka Raja dikekalkan dan tidak ditamatkan riwayat mereka. Berbalik kepada gambaran kejayaan dan kesanggupan bangsa Melayu, kita dapati bahawa dalam simbolisnya hero-hero kejayaan zaman Melaka dan kebesaran Melayu ini tidak akan lenyap dari sejarah. Mematikan mereka adalah mematikan sejarah kejayaan dan kegemilangan bangsa Melayu pada suatu masa dahulu. Mereka merupakan lambang perjuangan Melayu dan mungkin manusia sebagai Hang Tuah sudah mati, namun bangsa Melayu yang dilambangkan dalam sifat Hang Tuah akan terus hidup.

Pemikiran Pengarang Hikayat Hang Tuah


Pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai idealisme untuk mengangkat martabat bangsa Melayu setinggi mungkin. Hal ini dapat dilihat apabila pengarang banyak menceritakan kebudayaan dan sosial masyarakat Melayu yang membawa pengertian yang luas merangkumi segala hal berkaitan dengan masyarakat termasuklah sistem sosial, struktur sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat dan strategi fikasi sosial, kepercayaan dan agama. Watak-watak yang diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah seperti watak Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Teja menunjukkan keasliaannya dan menggambarkan watak-watak bangsa Melayu yang mewakili zamannya. Dalam teks ini, watak Hang Tuah membawa lambang kesempurnaan bangsa Melayu yang dapat dijadikan sebagai contoh oleh generasi yang terkemudian. Hal ini demikian kerana, setiap perlakuan serta perbuatan Hang Tuah melambangkan keperibadian bangsa Melayu itu sendiri.

            Menurut Hasan Ahmad (1997), penonjolan jati diri Melayu menerusi watak Hang Tuah bersesuaian dengan kehendak atau ciri-ciri karya tersebut yang dianggap oleh kebanyakan sarjana sebagai salah sebuah karya agung bagi bangsa Melayu. Hal ini ternyata sekali jika kita merujuk mengenai persoalan pengorbanan untuk raja, agama serta bangsa seperti yang telah ditunjukkan melalui watak Hang Tuah dalam hikayat ini. Dalam hikayat ini dipaparkan bagaimana Melaka dan Majapahit yang merupakan dua bangsa yang mewakili bangsa Melayu dan Jawa bersaing sesama sendiri demi mempamerkan kejaguhan dan keagungan bangsa masing-masing. Dalam Hikayat Hang Tuah juga turut digambarkan bahawa masyarakat Melayu yang diwakili Hang Tuah sering disaingi serta diancam dengan penampilan watak negatif Jawa. Pahlawan-pahlawan Jawa sering mencuba untuk menggugat kedudukan kerajaan Melayu Melaka dan mencabar kepahlawan Hang Tuah. Ketika Hang Tuah berada di Majapahit, dapat dikesan penegasan dan penonjolan istilah Melayu atau bangsa Melayu, misalnya:

“ Maka kata Patih Gajah Mada, bukan engkau sekalian aku hendak menyuruh mengalahkan negeri. Engkau hendak kusuruhkan mencuba hulubalang Melayu yang datang itu…”

( Hikayat Hang Tuah, hlm. 115 )

Sehubungan itu, penampilan Hang Tuah bukan sekadar untuk menyedapkan penceritaan tetapi pengarang berhasrat untuk menjadikan watak tersebut sebagai lambang keagungan bangsa Melayu. Hal ini dapat dilihat pengulangan istilah Melayu dalam Hikayat Hang Tuah seperti berikut:
“Maka Tun Tuah melompat menyalahkan tikam penjurit itu, seraya katanya, ‘Akulah hulubalang Raja Melaka, syahdan akulah yang bernama Laksamana, hulubalang pada Tanah Melayu;…”
( Hikayat Hang Tuah, hlm. 155 )

Dalam hal ini, jelas watak Hang Tuah mewakili bangsa serta negara atau kerajaannya, iaitu Kesultanan Melayu Melaka dan bangsa Melayu.


SULALATUS SALATIN

Analisis Sulalatus Salatin

Aspek budaya, perpaduan dan mobiliti jelas dapat dilihat dalam karya agung Sulalatus Salatin ini. Dalam karya ini, banyak aspek kebudayaan dapat dilihat, iaitu budaya dalam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerabat diraja.  Seperti yang kita sedia maklum, karya ini sarat dengan kisah pembesar yang berkuasa dan telah menetapkan pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi oleh rakyat jelata. Sebagai contoh, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, raja telah menyediakan peraturan, iaitu larangan untuk mengamalkan gaya hidup masyarakat pembesar dalam kalangan rakyat. Pada suatu ketika dahulu, warna kuning merupakan warna diraja daripada aspek pakaian, peralatan dan perhiasan.  Oleh hal yang demikian, rakyat biasa tidak dibenarkan untuk menggunakan warna kuning dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, rakyat juga tidak dibenarkan memiliki keris sebagai senjata. Dengan berkuatkuasanya undang-undang ini, maka ia diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi menghormati taraf raja sebagai pembesar dan pemimpin.

            Selain itu, aspek perpaduan juga adalah satu elemen penting dalam penulisan karya Sulalatus Salatin ini. Hal ini demikian kerana, masyarakat terdahulu sangat mementingkan perpaduan dalam kalangan mereka. Mereka percaya bahawa dengan wujudnya perpaduan, mereka akan hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni.  Karya ini banyak menceritakan perpaduan antara penduduk tempatan dan penduduk luar sebagai contoh hubungan antara negeri Melaka dengan Sulawesi yang terjalin akibat daripada hubungan diplomatik.  Selain daripada itu, dapat dilihat juga berlakunya hubungan antara Melaka dengan Siam dan kedua-dua hubungan diplomatik ini berupaya menaikkan imej kerajaan Melayu Melaka. Secara tidak langsung, dengan wujudnya hubungan dan perpaduan Melaka dengan kedua-dua negeri tersebut, empayar Melaka dapat diluaskan lagi.

            Berdasarkan karya ini juga, kita dapat melihat bahawa terdapatnya aspek mobiliti yang berlaku melalui perkahwinan.  Sebagai contoh, puteri Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir iaitu Tun Fatimah yang telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah dan seterusnya diangkat menjadi Raja Perempuan Besar Melaka. Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan bahawa dengan adanya perkahwinan sebegini, taraf atau kedudukan seseorang telah diangkat kepada keududukan yang lebih tinggi.  Selain itu, mobiliti ini juga dapat dilihat melalui pembukaan negeri yang telah memberikan perubahan yang sangat mendadak.  Sebagai contoh, Raja Iskandar Syah yang telah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih telah mendapatkan kerjasama daripada semua rakyat jelata untuk membuka negeri di tempat tersebut. Melalui kerjasama yang dapat dilihat dalam kalangan rakyat ketika itu, dapat dibuktikan bahawa telah terbinanya pembangunan modal insan kesan daripada mobiliti tersebut.



Kekuatan Pengarangan dalam Sulalatus Salatin

Terdapat beberapa kekuatan pengarangan yang dapat dilihat sewaktu mengkaji Hikayat Sejarah Melayu ini. Antaranya ialah seperti berikut:

i)Penggunaan banyak Perbandingan Melampau (Hiperbola)

Berdasarkan Hikayat Sejarah Melayu, pengarang menggunakan unsur hiperbola yang dilihat begitu menarik perhatian pembaca. Unsur ini adakalanya dilihat sebagai sesuatu yang tidak logik tetapi unsur yang menarik itu dapat melihat bagaimana pengarang berjaya mengaplikasikan unsur-unsur persekitaran dalam karya penulisan mereka. Keadaan ini dapat dilihat seperti dalam contoh yang berikut:
“Daripada kebanyakan ra’yat berjalan itu segala hutan belantara pun habis menjadi padang, bumi pun bergetar seperti gempa, gunung-gunung pun bergerak, runtuh kemuncaknya. Maka, segala bukit yang tinggi-tinggi itu pun habis menjadi rata, segala sungai yang besar-besar pun menjadi kering, jadi darat.”
                            (Sulalatus Salatin, 1997: 15)

ii)Pengulasan yang Mendalam tentang sesuatu Perkara

Sesuatu yang jarang dapat dilihat pada penulis zaman sekarang ialah dapat mengupas sesuatu perkara secara mendalam terutama sekali mengenai salasilah keturunan sesebuah keluarga tersebut. Keadaan ini dapat dilihat seperti dalam contoh yang berikut:
....umur baginda di atas kerajaan tiga ratus lima puluh lima tahun lamanya Raja Iskandar. Maka Raja Arasythun Syah pun berpindahlah dari negeri yang fana ke negeri yang baqa. Maka, anakanda Raja Afdhuslah naik raja dalam negeri Hindi. ‘Umur baginda atas kerajaan seratus dua puluh tahun. Setelah sudah baginda hilang maka Raja Askainat namaya naik raja; umur baginda di atas kerajaan tiga tahun. Setelah itu baginda..........”
                                              (Sulalatus Salatin, 1997 :8)

iii)Mempamerkan Unsur Moral kepada Pembaca

Melalui Hikayat Sejarah Melayu ini, terdapat pelbagai unsur nilai dan pengajaran yang dapat diperoleh. Nilai-nilai murni secara tidak langsung akan dapat memberi kesan kepada pembaca. Mana tidaknya, pembaca yang mengkaji dan menghayati hikayat ini secara tidak langsung akan membandingkan watak-watak yang digarap pengarang dengan diri mereka sendiri. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak nilai-nilai positif dan pengajaran dapat diserap ke dalam diri pembaca. Keadaan ini dapat dilihat seperti dalam contoh di bawah:
Hai anakku, jangan berbanyak tama’ kamu akan segala arta orang, dan jangan kamu ingin akan isteri anak hamba kamu-kamu kedua ini, muafakat dua bersaudara dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara.”
                                            (Sulalatus Salatin, 1997: 48)

iv)Menekankan Aspek Agama

Dalam aspek agama pula, kita dapat melihat bagaimana pengarang cuba menerapkan aspek agama ke dalam diri pembaca. Keadaan ini dapat dilihat dalam watak seorang fakir yang cuba menjejak seseorang yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw dalam mimpinya. Fakir ini cuba mengikut petunjuk yang disampaikan dalam mimpinya untuk mengislamkan pemimpin dan penduduk berdasarkan mimpinya tersebut. Keadaan ini dapat dilihat seperti pada situasi berikut:
“Setelah esok hari maka fakir itu pun naiklah ke darat membawa Qur’an. Maka disuruhnya baca pada orang isi negeri Fansuri, seorang pun tiada dapat membaca dia. Maka kata fakir itu dalam hatinya, “Bukan negeri ini yang seperti sabda nabi kita, Muhammad Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.”
                                           (Sulalatus Salatin, 1997:5)



SUMBER:

Bendahara Paduka Raja dan Uleebalang Tun Seri Lanang Kesultanan Johor Lama dan Samalang (2012). Diperoleh pada April 20, 2013 daripada http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

Sahlan Mohd Saman (1994). Pengarang teks dan khalayak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tun Seri Lanang (1997). Sulalatus Salatin ya’ni perteturun segala raja-raja (sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://karyaagungbms.blogspot.com/2013/05/ulasan-karya-agung.html


Ahad, 27 April 2014

10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013

10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 

 Menurut Ethnologue, saat ini ada sekitar 6.912 bahasa yang 

dituturkan orang di seluruh dunia. Jumlah ini tentu saja masih diragukan keakuratannya 
karena tiap hari ada bahasa baru yang mungkin muncul, sebaliknya ada pula bahasa yang 
punah. Bahasa Indonesia masuk dalam 10 besar bahasa yang memiliki jumlah penutur 
terbanyak di dunia.
Dan Berikut Adalah Daftar10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan di 
Dunia.
kartun guru mengajar - un1x project

1. Bahasa Mandarin

Bahasa Mandarin adalah dialek Bahasa Tionghoa yang dituturkan di sepanjang utara dan 

barat daya Republik Rakyat Cina. Kata “Mandarin”, dalam bahasa Inggris (dan mungkin 
juga Indonesia), digunakan untuk menerjemahkan beberapa istilah Cina yang berbeda 
yang merujuk kepada kategori-kategori bahasa Cina lisan. 
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project
Dalam pengertian yang sempit, Mandarin berarti Putonghua dan Guoyu yang merupakan 
dua bahasa standar yang hampir sama yang didasarkan pada bahasa lisan Beifanghua*. 

2. Bahasa Inggris

Bahasa Inggris adalah sebuah bahasa yang berasal dari Inggris, merupakan bahasa utama 

di Britania Raya (termasuk Inggris), Amerika Serikat, serta banyak negara lainnya, dan
 termasuk rumpun bahasa Jermanik Barat.
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project
Bahasa ini berawal dari kombinasi antara beberapa bahasa lokal yang dipakai oleh 
orang-orang Norwegia, Denmark, dan Anglo-Saxon dari abad ke-6 sampai 10. Lalu 
pada tahun 1066 dengan ditaklukkan Inggris oleh William the Conqueror, sang penakluk 
dari Normandia, Perancis Utara, maka bahasa Inggris dengan sangat intensif mulai 
dipengaruhi bahasa Latin dan bahasa Perancis.

3. Bahasa Hindi

Bahasa Hindi adalah bahasa resmi di India selain Bahasa Inggris, dan bahasa ini 

merupakan salah satu bahasa dengan jumlah penutur terbanyak di dunia setelah Bahasa 
Tionghoa dan Bahasa Inggris.
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project
Bahasa ini merupakan saudara kembar Bahasa Urdu. Bahasa Hindi menjadi bahasa 
nasional India selain Bahasa Inggris. Disamping itu menjadi bahasa resmi di negara 
bagian Himachal Pradesh, Delhi, Haryana, Uttar Pradesh, Chandigarh, Bihar, Madhya 
Pradesh dan Rajashtan. Disamping itu, juga dipakai luas di kota Bombai dan Hyderabad
Sekitar 180 juta orang India menganggap bahasa Hindi sebagai bahasa ibunya, 
sedangkan 300 juta lainnya menggunakannya sebagai bahasa kedua atau kesekian. 

4. Bahasa Spanyol
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project 
Bahasa Spanyol adalah suatu bahasa Iberia-Roman, dan bahasa keempat yang paling 

banyak digunakan di dunia. Bahasa Spanyol merupakan bahasa pertama bagi sekitar 
500 juta orang di dunia, atau bagi 600 juta orang jika termasuk non-penutur asli 
(menurut perkiraan pada tahun 1999). Mayoritas penutur bahasa Spanyol kebanyakan 
di Amerika Latin.

5. Bahasa Rusia
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project 
Bahasa Rusia merupakan bahasa terbesar ke-5 dari segi jumlah penuturnya, 

(setelah bahasa Mandarin, Inggris, Spanyol dan Hindi), dan merupakan bahasa resmi 
Perserikatan Bangsa Bangsa (selain bahasa Arab, Prancis, Mandarin, Inggris dan Spanyol),
 dengan jumlah penutur sebanyak 278 juta jiwa, bahasa Rusia dituturkan secara luas di 17 
negara di 2 benua dan menempati peringkat ke 5 terbesar setelah bahasa Mandarin, 
Inggris, Hindi dan Spanyol.

6. Bahasa Arab

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa Semitik Tengah, yang termasuk dalam rumpun 

bahasa Semitik dan berkerabat dengan bahasa Ibrani dan bahasa-bahasa Neo Arami.
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project

Bahasa Arab memiliki lebih banyak penutur daripada bahasa-bahasa lainnya dalam 
rumpun bahasa Semitik. Ia dituturkan oleh lebih dari 280 juta orang sebagai bahasa 
pertama, yang mana sebagian besar tinggal di Timur Tengah dan Afrika Utara.

 7. Bahasa Bengali

Bahasa Bengali adalah anak cabang dari Bahasa Indo-Arya. Bahasa ini merupakan salah

 satu bahasa dengan jumlah penutur terbanyak di dunia, dengan penutur lebih dari 200
 juta jiwa yang masing-masing berada di Bangladesh (sekitar 120 juta), India (±70 juta). 
Di India, Bahasa Bengali dituturkan di negara bagian Bengala Barat, Assam, Tripura 
hingga Manipur, di samping penutur yang tersebar di berbagai penjuru dunia.
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project 

Bahasa Bengali dibagi menjadi dua dialek sosial yakni, yang disebut sebagai Shadhu 
Bhasa (yakni bahasa standar)yang didasarkan pada dialek kota Kolkata, sedangkan 
Cholit Bhasa adalah bahasa non-standar yang tergantung pada wilayah tutur Bahasa itu 
sendiri. Di Bangladesh, bahasa Bengali didasarkan pada dialek yang dipakai di kota 
Dhaka.

 8. Bahasa Portugis

Bahasa Portugis adalah sebuah bahasa Roman yang banyak dituturkan di Portugal, 

Brasil, Angola, Mozambik, Tanjung Verde, dan Timor Leste. Banyak ahli bahasa yang 
menganggap bahasa Galisia, bahasa daerah di Galisia, Spanyol, sebenarnya adalah 
sejenis Portugis yang telah dipengaruhi dengan kuat oleh bahasa Spanyol. Dengan lebih 
dari 200 juta penutur asli,
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project
Portugis adalah salah satu bahasa yang dituturkan secara luas di dunia dan merupakan 

bahasa yang paling banyak dituturkan kelima atau keenam di dunia. Bahasa Portugis 
menjadi bahasa yang paling banyak digunakan di Amerika Selatan karena Brasil, dengan 
184 juta penduduknya, membentuk sekitar 51% dari seluruh populasi Amerika Selatan. 
Bahasa Portugis menyebar ke penjuru dunia pada abad ke-15 dan abad ke-16 saat 
Portugal menciptakan kerajaan kolonial dan perdagangan pertama dan yang terlama di 
dunia pada zaman modern (1415–1975), dari Brasil di Amerika hingga Makau di 
Tiongkok. Hasilnya, bahasa Portugis kini adalah bahasa resmi di beberapa negara dan 
dituturkan atau dipelajari secara luas sebagai bahasa kedua di banyak negara lainnya. 
Hingga kini masih terdapat lebih dari 20 macam dialek Portugis. Portugis adalah bahasa 
minoritas yang penting di Andorra, Luxemburg dan Namibia. Komunitas imigran 
berbahasa Portugis yang besar terdapat di banyak kota di seluruh dunia, termasuk 
Paris di Perancis dan Boston, New Bedford (di Massachusetts), Cape Cod, dan Newark 
(di New Jersey) di Amerika Serikat. Portugis akrab dipanggil A língua de Camões
 (“Bahasa Camões”, dinamakan menurut Luís de Camões, pengarang Os Lusíadas); A
 Ãºltima flor do Lácio (“Bunga terakhir Latium”).

9. Bahasa Indonesia

Bahasa Indonesia adalah bahasa resmi Republik Indonesia dan bahasa persatuan 

bangsa Indonesia. Bahasa Indonesia diresmikan penggunaannya setelah Proklamasi
 Kemerdekaan Indonesia, tepatnya sehari sesudahnya, bersamaan dengan mulai 
berlakunya konstitusi. Di Timor Leste, bahasa Indonesia berstatus sebagai bahasa 
kerja. Di Australia saja sudah ada 500 sekolah yang membuka Program Studi Bahasa 
Indonesia, Di Rusia, terdapat lima pusat studi bahasa Indonesia dan tiga universitas
 yang memiliki program studi bahasa Indonesia. Di Amerika Serikat, bahasa Indonesia 
sebagai mata kuliah telah diterapkan di 12 Universitas, Sementara di asia tenggara bahasa
 indonesia menjadi bahasa ke dua setelah bahasa nasionalnya.
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project
Bahasa Indonesia menduduki peringkat 3 di Asia dan peringkat ke 26 di dunia dalam

 hal Tata bahasa terumit di dunia. Bahasa Indonesia juga mendunia di dunia maya, 
wikipedia berbahasa Indonesia telah menduduki peringkat 26 dari 250 wikipedia 
berbahasa asing di dunia dan peringkat 3 di Asia setelah bahasa Jepang dan Mandarin, 
selain itu bahasa Indonesia menjadi bahasa ke 3 yang paling banyak digunakan dalam 
postingan blog di wordpress. Bahasa Jawa menduduki posisi ke-11 bahasa yang 
terbanyak digunakan dengan jumlah penutur sekitar 84,6 juta orang. Bahasa Sunda 
menduduki posisi ke-31 dengan jumlah penutur sekitar 34 juta orang. 

Bahasa indonesia sangat berpotensi menjadi bahasa yang besar dan mendunia..Ini dapat 
di lihat dengan sangat banyaknya negara di dunia yang menggunakan bahasa indonesia 
sebagai bahasa pengantar dan program studi bahasa Indonesia telah diajarkan di 
universitas di berbagai negara, serta bahasa indonesia juga sangat populer di dunia 
maya dan sangat berpotensi akan semakin besar. Yang terbaru adalah klub sepak bola 
terbaik di dunia FC Barcelona telah meluncurkan situs resmi Berbahasa Indonesia, 
Ini membuktikan bahwa bahasa indonesia sangat populer dan bepotensi mendunia,.
tapi sayang banyak anak indonesia yang kurang cinta akan bahasa Indonesia dan lebih 
suka berbahasa asing yang dibilangnya lebih keren dan gaul..

10. Bahasa Perancis

Bahasa Perancis (le français, la langue française) adalah salah satu bahasa paling 

penting dari kelompok bahasa Roman setelah bahasa Spanyol dan bahasa Portugis. 
Bahasa Perancis merupakan bahasa yang paling banyak dituturkan ke-11 di dunia. 
Hingga tahun 1999, bahasa ini dituturkan oleh lebih dari 77 juta penduduk di dunia 
sebagai bahasa ibu dan oleh 128 juta jiwa lainnya sebagai bahasa kedua.
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project
Bahasa Perancis juga dipakai sebagai bahasa resmi atau bahasa pemerintahan oleh b
eberapa komunitas dan organisasi, seperti Uni Eropa, IOC, PBB, dan FIFA.

Jumaat, 18 April 2014

DIKIR BARAT

Pengenalan Dikir Barat



Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar.Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.Dikir Barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun dipertandingankan.

Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat semasa musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalu diadakan oleh Persatuan-Persatuan Belia tempatan, badan-badan Kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dalam persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan Dikir ialah hasil dari 2 kombinasi seni iaitu, "Dikir" dan "Pantun" atau "Dikir" dan "Karut". Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi "Dikir Barat", "Dikir Karut", "Dikir Pantun" dan "Dikir Syair" adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Siam dengan Dikir Karut.

Asal usul dikir barat

Dikir barat berasal dari ciptaan Pak Leh Tapang
Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupai. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad berasal dari kampung Tapang. Beliau telah mengakui sendiri yang dikir barat ini sebenarnya berasalnya dari Selatan Siam. Beliau telah mengubah permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya.
Jadi sebelum itu, ketika dikir barat dibawa ke Kelantan ianya adalah di dalam bentuk dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaafar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan dikir barat dikampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang menggubah dan menambahkannya dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.



Dikir Barat Berasal Dari dari Pulau Tebu

Ada orang mengatakan bahawa dikr barat dini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan dikir barat, orang-orang menganggap dikir barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti rebana besar.


Selasa, 15 April 2014

sajak bentuk sindiran (tema kemanusiaan)

REMAJA KINI


Hidup hanya untuk duniawi sahaja
Segala suruhan diabakan
Ajaran dulu-dulu dibuang ke tepi
Kehidupan jadi haru biru

Jika ditegur melenting tinggi
Pakaiannya entah apa-apa
Beli baju mahal pun kecik
Beli baju murah pun koyak sana sini
Akhlak mengenai pemakaian entah ke mana-mana

Hidup bergelumang dengan dosa dan noda
Pagi tipu menipu
Petang merompak merompak
Malam berpesta dengan makanan syaitan

Arak, dadah, pergaulan sosial semakin menjadi-jadi
Apa nak jadi?
Salah siapakah?
Akukah yang bersalah?
Atau semua orang bersalah?
Jadi fikirkanlah

Wahai remaja kini
Jadilah remaja yang berkualiti
Remaja yang berguna
Remaja yang berakhlak mulia
Remaja yang berjasa kepada semua

Selasa, 1 April 2014

KENAPA ADA DIALEK????



Situasi bahasa di Malaysia agak menarik. Negara Malaysia ialah sebuah negara yang luas dan mempunyai 14 buah negeri. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang digunakan di Malaysia. Malaysia mempunyai daerah pertuturan yang amat luas, iaitu dari negeri Perlis hinggalah ke negeri Sabah. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa Melayu di negara Malaysia amat luas, maka timbullah banyak kelainan penggunaannya dari segi pertuturan, makna perkataan, binaan atau susunan ayat. Antara ciri yang menjadikan satu bahasa daerah yang lain termasuklah perbezaan makna perkataan dan ungkapan tertentu dalam dialek-dialek yang berkenaan.
 
               Bahasa Melayu di Malaysia pada umumnya mempunyai beberapa dialek seperti dialek Kelantan, Kedah, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Walaupun terdapat banyak dialek dalam bahasa Melayu, tetapi terdapat perbezaan tersendiri antara dialek lain dengan dialek lain. Namun masih ada unsur yang boleh difahami antara penutur-penutur yang menggunakan dialek-dialek tersebut. 

               Dialek-dialek di Malaysia hingga kini masih digunakan sebagai bahasa pengantar sehari-hari terutama pada kawasan di luar bandar, contohnya tempat-tempat terpencil atau yang kurang berhubungan dengan dunia luar. Dialek Kelantan merupakan salah satu daripada variasi bahasa yang unik dan kaya terutamanya dari segi sebutan, kosa kata, dan makna. Persamaan dan perbezaan di antara dialek pada satu tempat dengan tempat lain bergantung bukan sahaja pada jarak yang memisahkan di antara dialek-dialek tersebut tetapi juga kepada banyak sedikitnya penduduk yang masih menggunakan bahasa tersebut.