Situasi
bahasa di Malaysia agak menarik. Negara Malaysia ialah sebuah negara yang luas
dan mempunyai 14 buah negeri. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang
digunakan di Malaysia. Malaysia mempunyai daerah pertuturan yang amat luas,
iaitu dari negeri Perlis hinggalah ke negeri Sabah. Oleh hal yang demikian,
penggunaan bahasa Melayu di negara Malaysia amat luas, maka timbullah banyak
kelainan penggunaannya dari segi pertuturan, makna perkataan, binaan atau
susunan ayat. Antara ciri yang menjadikan satu bahasa daerah yang lain
termasuklah perbezaan makna perkataan dan ungkapan tertentu dalam dialek-dialek
yang berkenaan.
Bahasa
Melayu di Malaysia pada umumnya mempunyai beberapa dialek seperti dialek
Kelantan, Kedah, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Sarawak
dan Sabah. Walaupun terdapat banyak dialek dalam bahasa Melayu, tetapi terdapat
perbezaan tersendiri antara dialek lain dengan dialek lain. Namun masih ada
unsur yang boleh difahami antara penutur-penutur yang menggunakan dialek-dialek
tersebut.
Dialek-dialek
di Malaysia hingga kini masih digunakan sebagai bahasa pengantar sehari-hari
terutama pada kawasan di luar bandar, contohnya tempat-tempat terpencil atau
yang kurang berhubungan dengan dunia luar. Dialek Kelantan merupakan salah satu
daripada variasi bahasa yang unik dan kaya terutamanya dari segi sebutan, kosa
kata, dan makna. Persamaan dan perbezaan di antara dialek pada satu tempat
dengan tempat lain bergantung bukan sahaja pada jarak yang memisahkan di antara
dialek-dialek tersebut tetapi juga kepada banyak sedikitnya penduduk yang masih
menggunakan bahasa tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan