DIPLOMATIK
Diplomatik berasal dari bahasa latin diploma,
atau bahasa inggris diplomacy yaitu piagam. Dalam arti luas diplomatik
diartikan sebagai sarana-sarana yang sah dan legal yang digunakan suatu Negara
dalam melaksanakan politik luar negerinya. Untuk menjalin hubungan diantara
negara-negara itu, biasanya negara tersebut saling menempatkan perwakilannya
(Keduataan atauKonsuler).
Hubungan diplomatik sering dilakukan secara terbuka artinya hubungan antar bangsa yang rakyatnya diberi informasi tentang isi perjanjian antar Negara-negara peserta. Namun hubungan diplomatik juga dapat dilakukan secara tertutup artinya hubungan antar Negara-negara peserta saja. Tujuan hubungan diplomasi adalah untuk mengusahakan agar pihak-pihak yang mengadakan hubungan dengan suatu Negara mendapatkan manfaat yang sebesar-besarnya untuk kedua belah pihak. Penempatan perwakilan di Negara lain dapat dilakukan dengan dua cara yaitu Perwakilan diplomatik dan Perwakilan konsuler.
Hubungan diplomatik sering dilakukan secara terbuka artinya hubungan antar bangsa yang rakyatnya diberi informasi tentang isi perjanjian antar Negara-negara peserta. Namun hubungan diplomatik juga dapat dilakukan secara tertutup artinya hubungan antar Negara-negara peserta saja. Tujuan hubungan diplomasi adalah untuk mengusahakan agar pihak-pihak yang mengadakan hubungan dengan suatu Negara mendapatkan manfaat yang sebesar-besarnya untuk kedua belah pihak. Penempatan perwakilan di Negara lain dapat dilakukan dengan dua cara yaitu Perwakilan diplomatik dan Perwakilan konsuler.
Hikayat
Hang Tuah
Konsep
Penulisan Hikayat Hang Tuah
Hikayat
Hang Tuah ialah sebuah epik Melayu yang bukan sahaja
terkenal dalam kalangan bangsa Melayu tetapi di seluruh Nusantara dan salah
satu manuskrip atau teks yang tertua. Penulisan Hikayat Hang Tuah yang
asal telah ditulis dalam tulisan jawi. Pertama kali hikayat ini telah disebut
pada kurun ke-17 dan dihasilkan pada akhir kurun ke-17 serta terdapat
sekurang-kurangnya 20 manuskrip teks tersebut. Hikayat ini memperlihatkan
ciri-ciri kepahlawanan pada zaman kesultanan Melayu yang mencatatkan watak Hang
Tuah sebagai tokoh agung dan lambang kemegahan bagi bangsa Melayu. Berdasarkan
buku Hang Tuah Tokoh Epik Nasional yang ditulis oleh Ahamd
Sarji, Hikayat Hang Tuahtelah ditulis antara tahun 1641 dan 1721
dan menurut Soelastin Soetrisno menyatakan bahawa jurang tarikh itu boleh
dirapatkan lagi iaitu antara 1676 dengan 1700.
Watak Hang Tuah yang timbul dalam penulisan hikayat
ini berbeza dalam bahagian pertama dengan wataknya dalam bahagian kedua. Dalam
bahagian pertama, Hang Tuah digambarkan sebagai seorang pahlawan yang gagah,
garang, dan berani. Dalam bahagian kedua pula Hang Tuah digambarkan seorang
pengembara, diplomat, dan ahli sufi, iaitu bijaksana, sabar, dan warak.
Kemungkinan, dua watak yang berbeza itu dapat digambarkan mempunyai dua peringkat
riwayat bangsa Melayu sebelum zaman moden, iaitu peringkat kebangkitannya dan
peringkat kejatuhannya. Melalui sifat-sifat Hang Tuah ini boleh dijadikan
sebagai role model orang lain dan sebagai bukti kebolehan yang
ada dalam diri seorang anak Melayu.
Pengarang hikayat ini tidak diketahui tetapi mungkin
menunjukkan bahawa beliau berasal daripada golongan pegawai Raja yang paling
kanan iaitu Bendahara yang keluarganya mempunyai pertalian darah dengan Raja
itu dan yang kelihatan mungkin memendam cita-cita untuk menduduki takhta.
MengikutEncyclopedia of Malaysia dalam buku Hang Tuah Tokoh
Epik Nasional(2004: 3), perkataan “hikayat” ialah kata pinjaman daripada
bahasa Arab yang bererti semua jenis sejarah. Dalam bahasa Melayu, erti
perkataan ini telah berubah mengikut edaran masa sehingga dalam judul sesuatu
karya, perkataan tersebut membawa maksud “cerita”.
Kekuatan Pengarang
Sebagai
sebuah epik, Hikayat Hang Tuah mempunyai kekuatan tersendiri
antaranya daripada segi gaya penulisan, iaitu bahasa. Pengarang Hikayat
Hang Tuah telah memuatkan unsur-unsur puisi dalam karyanya sebagaimana
prosa Melayu yang lain. Penggunaan puisi ini mampu menjadikan cerita itu
berestetik dan indah apabila dibaca oleh orang lain. Puisi ini juga dapat
menyampaikan maksud sama ada secara tersirat atau tersurat dan pembaca akan
berasa terhibur apabila membacanya. Puisi pantun telah diselitkan dalam karya
ini bagi menambahkan keindahan bahasa cerita.
Contohnya
:
Kain
bersuji di atas atap,
Pakaian
raja hari raya;
Jika
sudi tuan santap,
Jika
tidak apakan daya.
Hang Tuah
dan para sahabatnya juga pandai berpantun. Hal ini demikian jelaslah bahawa
mereka suka berbalas-balas pantun dalam menyampaikan sesuatu cerita bagi
memeriahkan sesuatu keadaan.
Selain itu, kekuatan pengarang terserlah apabila
banyak memaparkan aspek-aspek kemasyarakatan, kemanusiaan, kebudayaan,
nilai-nilai moral, dan sebagainya. Aspek kemasyarakatan dapat dilihat apabila
watak-watak dalam Hikayat Hang Tuah ini mengamalkan sikap
kerjasama, gotong-royong, bersatu-padu, dan sebagainya. Sebagai contoh sikap
gotong-royong terpamer apabila rakyat jelata bersama-sama membina istana Melaka
menyiapkan sebuah kapal atau jong untuk kenaikan raja. Bagi aspek kebudayaan
pula dapat diperhatikan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui adat resam yang
diamalkan seperti adat pertabalan raja, menyambut tetamu, adat bertemu dengan
raja atau pembesar kerajaan, adat kenduri, dan sebagainya. Nilai-nilai moral
pula dapat ditunjukkan melalui watak Hang Tuah sendiri iaitu seorang yang
merendah diri, rajin dalam menuntut ilmu, semangat kesetiaan kepada raja dan
sahabat, hormat-menghormati, dan sebagainya. Sikap ini perlu dicontohi oleh
para pembaca sebagai motivasi diri untuk menghadapi cabaran yang lebih besar.
Jika nilai-nilai positif ini tidak ada dalam diri, maka sukarlah sesuatu
pekerjaan itu dapat dilakukan dengan baik malah sering mendapat masalah. Oleh
itu, setiap cerita mempunyai maksud yang hendak disampaikan sama ada baik atau
buruk. Perkara yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Motif Pengarang
Antara
motif pengarang Hikayat Hang Tuah ialah ingin mengetengahkan
sifat-sifat positif yang ada dalam diri Hang Tuah itu sendiri. Jati diri Melayu
terserlah melalui sifat peribadi Hang Tuah yang dianggap sebagai wira unggul
Melayu dan sangat berwibawa. Sikap Hang Tuah telah dipaparkan oleh pengarang
dalam pelbagai segi sama ada fizikal, mental, dan rohani. Contohnya, Hang Tuah
mempunyai sifat keberanian yang tinggi dan luar biasa. Beliau mampu mengalahkan
seramai 70 orang yang mengamuk ketika di Majapahit. Hal ini demikian dapat
dibuktikan apabila Hang Tuah dilihat begitu bijak dalam mengatur strategi
ketika berhadapan dengan 70 orang penjurit walaupun keseorangan disebabkan
beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam dunia persilatan untuk
mempertahankan diri daripada musuh. Sifat keberanian yang ditonjolkan ini perlu
ada dalam diri setiap generasi seterusnya bagi mengelakkan berlakunya
penindasan dan tidak adil dalam sesuatu pentadbiran. Orang yang berada di bawah
juga tidak akan terus berada di bawah sebaliknya mampu memajukan diri menjadi
yang lebih baik.
Selain itu, pengarang menunjukkan kepentingan menuntut
ilmu sebagai suntikan semangat kepada generasi seterusnya untuk mendalami
pelbagai ilmu pengetahuan. Hang Tuah telah memantapkan diri dengan mempelajari
pelbagai ilmu sama ada secara zahir dan batin. Hal ini demikian dapat dibuktikan
oleh Hang Tuah apabila beliau mampu bertutur dalam 12 bahasa asing, fasih
berkata-kata, dan mempunyai raut wajah yang manis serta sopan. Gambaran fizikal
Hang Tuah telah diceritakan dalam hikayat ini iaitu:
“Maka
Syahbandar pun kasih mesra rasanya melihat laku Laksamana berkata-kata dengan
bahasa Arab itu, fasih lidahnya dengan manis mukanya berkata-kata, sangat ia
merendahkan dirinya”.
( Hikayat Hang Tuah, hlm. 473 )
Ketika Hang Tuah berada di Tanah
Arab, Rom, Siam, India, dan China, beliau mampu bertutur dan memahami setiap
bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat tersebut. Contohnya, Kisna Rayan
telah melantik Hang Tuah sebagai wakil kerajaan Keling ke negara China kerana
kepandaian Hang Tuah bertutur dalam bahasa Keling menyamai dengan penduduk di
negara tersebut. Hang Tuah juga mempelajari semua ilmu hulubalang dan
pertapaan. Oleh itu, pengarang ingin menunjukkan bahawa budaya ilmu amat
penting sebagai manusia Melayu. Dengan kemantapan ilmu yang dimiliki oleh
seseorang mampu menjadikan diri dihormati dan disegani oleh orang lain. Walau
bagaimanapun, ilmu yang dimiliki mestilah digunakan secara wajar dan bukan
untuk membangga diri. Inilah perkara yang ingin diterapkan oleh pengarang
melalui watak-watak yang dipaparkan dalam hikayat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan