Terima
kasih yang dipertua dewan, yang saya hormati rakan-rakan barisan pembangkang,
yang disengani barisan kabinet kerajaan serta seisi dewan yang sudi bersidang
bersama kami. Selamat bersidang, assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Yang
dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, usul kita pada hari ini pilihanraya
kampus melahirkan pemimpin berintegriti. Perdana Menteri kita telah
membentangkan konsep pilihanraya kampus melahirkan pemimpin berintegriti dengan
tepatnya iaitu proses pemilihan calon pemimpin mahasiswa universiti. Pertikaian
saya yang pertama ialah adakah proses pemilihan calon pemimpin mahasiswa yang
dilakukan berdasarkan kapasiti pilihanraya kampus itu sendiri mampu melahirkan
calon yang berintegriti?
Yang
dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, melalui pemahaman saya untuk berada
dalam pilihanraya kampus para calon itu akan dicalonkan dan akan menjadi
pemimpin selepas mendapat undian majoriti. Pihak kerajaan juga ada menyatakan
bahawa pemimpin yang berintegriti dapat dilihat apabila mereka menuntut hak.
Seperti yang dikatakan oleh Dato, sekadar menuntut hak yang dinafikan itu
dikatakan berintegriti. Kes yang diajukan oleh beliau cukup mudah pada hari
ini, Pro Mahasiswa telah menang tiba-tiba dinafikan kemenangan itu. Mereka
semua bangkit menentang dan menuntut balik hak mereka. Adakah itu dikatakan
pemimpin yang berintegriti. Bagi saya tidak berintegriti langsung.
Yang
dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, menelusi kembali tujuan pilihanraya kampus
iaitu bagi memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). MPP ini berfungsi sebagai mata dan telinga
pelajar bagi menjaga kebajikan pelajar di universiti. Ini bermakna pemimpin
yang dipilih dan berintergiti mempunyai tanggungjawab yang berat. Soalan saya,
adakah pemimpin itu menjalankan tanggungjawabnya? Terdapat juga kes yang tidak
dapat diselesaikan oleh MPP sehingga timbulnya demonstrasi.
Yang
dipertua dewan dan seisi dewan, untuk kes yang kedua saya ingin bertanya
mereka, pada masa yang mana pilihanraya kampus ini melahirkan pemimpin yang
berintegriti? Semasa manifesto dibentangkan ke, semasa tengah bergaduh-gaduh
ke, semasa berkempen ke atau selepas pilihanraya dijalankan. Merujuk kepada penjelasan
Dato sebentar tadi, banyak menyatakan selepas pilihanraya dan semasa sudah
menjadi MPP. Maksudnya semasa menjadi MPP baru hendak tuntut hak itu dan ini.
Ketika menjadi calon tidak boleh menuntut hak. Kes mereka ini melibatkan
manifesto semata-mata. Itu saya katakan kes mereka bercanggah sebenarnya kerana
pilihanraya kampus melahirkan pemimpin berintegriti atau tidak, dapat dilihat
semasa proses pilihanraya dijalankan, semasa manifesto dibentangkan atau semasa
pengucapan umun dijalankan.
Yang
dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, pada masa proses pengundian berlaku,
kita dapat lihat tindak tanduk atau tingkah laku para calon MPP sama ada
berintegriti atau tidak. Adakah beliau agresif atau bertentangan dengan etika
yang ditetapkan? Untuk pengetahuan umum sebenarnya pilihanraya kampus ada
etika-etikanya. Andaikata para calon ini terus melanggar etika pilihanraya
kampus maka dia boleh dikatakan tidak berintegriti. Hal ini kerana, untuk
menjadi pemimpin yang berintegriti para calon harus mematuhi etika tersebut.
Etika yang pertama, tidak boleh berkumpul berbentuk demonstrasi dan keduanya
tidak boleh bertindak mengoyak, menconteng atau membakar sepanduk dan gambar
pihak lawan. Etika yang ketiga ialah tidak boleh mewujudkan situasi yang huru
hara semasa pilihanraya kampus berjalan. Apabila calon-calon ini melanggar
etika ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa pilihanraya ini tidak dapat
melahirkan pemimpin berintegriti.
Yang
dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, hari ini saya ingin tunjukkan kepada anda
mekanisma lain yang boleh menggantikan pilihanraya kampus untuk melahirkan
pemimpin yang berintegriti. Pertamanya, kita boleh menetapkan 30% undian
daripada fakulti dan 70% lagi undian daripada pelajar. Daripada undian tersebut
kita akan ambil lima orang calon yang mendapat undian tertinggi. Calon-calon
berkenaan harus mempunyai kelulusan akademik dan kokurikulum yang baik. Lima
calon ini harus dihantar kepada HEP. Keduanya, lima orang calon daripada setiap
fakulti ini harus dihantar ke pelbagai kem pengurusan untuk memantapkan ilmu
yang mereka ada. Daripada kem ini kita akan menapis lima orang calon ini dan
hanya dua orang calon sahaja yang layak untuk bertanding. Akhirnya setiap
fakulti akan menghantar dua orang calon sahaja.
Yang
dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, untuk melatih pemimpin untuk
berintegriti kita perlu ada caranya. Semasa proses pemilihan calon kita mesti
mengikut proses analisis, penapisan dan pemerhatian. Melalui proses-proses ini
sahaja kita akan mengambil calon yang paling layak. Setiap fakulti kita hanya
mengambil dua orang calon sahaja. Calon-calon inilah yang boleh dikatakan
berintegriti. Disini kita dapat lihat bahawa untuk menjadi pemimpin yang
berintegriti bukan hanya bergantung kepada wajah semata-mata, dalam lima orang yang
tercalon itu hanya yang layak diterima oleh mahasiswa dan fakulti sahaja layak
bertanding. Keduanya, semasa di kem kita sudah dapat lihat calon-calon ini
berintegriti atau tidak iaitu adakah mereka boleh melakukan tugas yang diberi.
Kita tidak boleh lihat kepada kemampuan mereka bercakap sahaja, tetapi kerja
yang diamanahkan tidak mampu mereka selesaikan. Hasilnya kita dapat melahirkan
pemimpin yang berintegriti tanpa perlu mengadakan pilihanraya kampus yang belum
tentu bersih dan betul.
Yang
dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, menjawab soalan mereka yang terakhir,
apakah kelemahan pilihanraya kampus? Banyak kelemahan yang timbul daripada
pilihanraya kampus. Contohnya isu demonstrasi yang berlaku di universiti
seluruh Malaysia hasil daripada kelemahan pilihanraya kampus. Sebelum
berjalannya pilihanraya kampus telah banyak timbul kekecohan di sekitar kampus
dan kolej kediaman. Hal ini menyebabkan ramai mahasiswa terkandas untuk ke
kuliah. Selain itu ada juga mahasiswa yang diugut supaya menyokong mana-mana
pihak. Hal ini boleh dikatakan pilihanraya kampus yang bersih. Tidak sama
sekali yang dipertua. Kelamahan yang ada ini tidak akan menimbulkan pemimpin
yang berintegriti malah sebaliknya.
Akhir
sekali, saya dengar kes mereka sangat bertentangan kerana mereka kata
pilihanraya kampus kesannya selepas pilihanraya kampus bukan sebelumnya atau
semasa pilihanraya. Mereka menyatakan bahawa hak kebebasan akademik boleh
dituntut selepas menjadi MPP. Selain itu, saya juga mahu katakan bahawa
kebanyakan pilihanraya kampus di universiti di Malaysia telah melanggar etika pilihanraya kampus.
Hasilnya, pilihanraya kampus tidak mampu melahirkan pemimpin yang berintegriti.
Mohon
usul ini ditolak. Sekian, terima kasih.
wahhh...begigni caranya...banyaklah yang saya KENA BELAJAR...uhuuuuuu.....>< takut.....dahlah...5 tajuk.....haihhh...
BalasPadam1.kerja keusahawan menangani pengangguran
2.penjenayah seksual terhadap kanak-kanak perlu dihukum mati
3.bumi lebih selamat jika populasi manusia dikawal
4.pendidikan percuma : kita sudah bersedia...
5.komuniti asean : rakyat asean masih bersepadu....
tolong boleh??...uuuuuuuuuu cikgu..takutttt